Saturday, November 7, 2009

Ustaz Radzi: bantu tukar siling rumah penduduk Sg Rapat

LAHAT– Seorang suri rumah, Azizan Mohamed Riffin, 48 tinggal di 157 Persiaran Pegoh Aman 6, Taman Desa Aman yang memohon supaya pihak bertanggungjawab menghulurkan bantuan bagi membaik pulih siling rumahnya mendapat perhatian bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, IR Radzi Zainon.

Ir Radzi yang lebih dikenali sebagai Ustaz Radzi, walaupun telah berlalu PRU-12, tidak pernah lesu daripada menjalankan misi sebagai penyelia DUN Sg Rapat mewakili PAS dan Pakatan Rakyat dalam usaha menampilkan khidmat PAS kepada rakyat.

Menurutnya, Azizan perlu dibantu memandangkan kesempitan hidup keluarganya dan pendapatan yang terbatas menyebabkan dia tidak mampu memperbaiki rumah tersebut”. Berhubung kes yang dihadapi oleh Puan Azizan, pihak kami menjalankan siasatan awal dan mendapati beliau perlu dibantu kerana melibatkan keselamatan keluarganya”, kata Ustaz radzi kepada Sinar Harian.

Berikutan pendedahan Sinar berkaitan isu kesempitan hidup Puan Azizan menyebabkan Ustaz Radzi bersama Skuad Pejabat Kemasyarakatan PAS Sg rapat telah menawarkan khidmat untuk perjuangkan bantuan yang sepatutnya diperolehi.

“ Buat masa ini kita akan panggil tukang membuat rumah untuk menilai berapakah anggaran bagi memperbaiki kerosakan terbabit agar dapat disalurkan kepadanya, namun jika melebihi kemampuan kita akan buat secara berperingkat. Tidak dinafikan kita memerlukan modal bagi emmbaiki kerosakan terbabit dan jika kutipan yang dijalankan kelak mencukupi, Insya Allah kita akan segerakan memastikan kerosakan itu diatasi” katanya lagi. Selain itu Ustaz radzi kini berusaha membantu Puan Azizan mengisi borang permohonan bantuan daripada Baitulmal agar kesulitan itu mampu diselesaikan oleh pihak berkenaan kelak.

Pihak Ustaz radzi juga akan memastikan wakil Baitulmal dapat hadir sendiri meneliti kerosakan siling rumah tersebut serta berusaha seoptima yang mungkin.

Usaha gigih yang dilakukan oleh Ustaz Radzi bakal menunjukan betapa tegar dan komitednya PAS untuk membantu rakyat. PAS sebagai sebuah parti Islam bukan sekadar ingin berbicara soal agama malah persoalan kebajikan dan sosial juga menjadi perhatian dalam agama yang syumul ini.

Redaksi Warta Sungai Rapat

Madrasah Nurul Hidayah menjadi tumpuan ramai solat hajat bersama Dato Seri Nizar

Sedutan : http://ajijoi.blogspot.com/

IPOH 6 NOV Solat hajat yang diadakan di Madrasah Nurul Hidayah, Kg Pengkalan Gate Tambahan menarik minat ramai apabila Dato Seri Nizar Jamaludin turut bersama-sama menjayakannya.

Selesai solat hajat, ceramah diadakan diperkarangan madrasah dengan kehadiran bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi juga mendapat perhatian daripada kaum yang lain.

Dato Seri Nizar menjelaskan mengenai perbicaraan kes Menteri Besar Perak yang sah di Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan, Putrajaya Khamis lalu.

Oleh kerana kes ini membabitkan kepentingan khusus rakyat Perak dan Malaysia amnya, pihak Dato Seri Nizar telah memohon agar 11 panel hakim mendengar kes tersebut. Tetapi malangnya, hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan.

Pernah dijalankan perbicaraan yang melibatkan kes dadah menggunakan khidmat 7 orang panel hakim, apalah salahnya bagi satu kes yang besar dan mustahak kepada rakyat ini diberikan bilangan hakim yang lebih daripada itu.


Kepimpinan tempatan berada dipentas utama.

Orang ramai tidak berganjak mendengar penjelasan mengenai suasana politik Perak yang terkini daripada Dato Seri Nizar. Kehadiran masih lagi berlanjutan diketika ini.

Setelah selesai semua pihak memberikan hujah masing-masing, akhirnya pihak hakim tidak dapat memberikan keputusan mengenai siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah dan ditangguh ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Berapa lama lagi? Tak tahulah.

Pada sidang dun 28 Okt yang lalu, kami ditahan daripada memasuki dewan oleh pihak polis. Bajet dilulus oleh BN tanpa kehadiran kami dan juga tanpa dibahas oleh adun-adun mereka. Segalanya selesai dalam masa hanya 20 minit saja.

Didalam perkarangan madrasah

Diluar perkarangan madrasah juga terdapat ramai
orang sedang mengikuti ceramah.

Madrasah Nurul Hidayah, Pengkalan Gate Tambahan
menjadi tumpuan ramai malam ini

Selesai menyampaikan ceramah, Dato Seri Nizar bergegas untuk ke Markaz PAS Jeliang, Kuala Kangsar untuk berceramah disana bersama-sama YB Nga Kor Ming

Omar Nasarfudin, Ketua Penerangan PAS Gopeng
selaku pengerusi majlis pada malam ini

Ustaz Radzi Zainon, mantan calon PAS untuk Dun Sg Rapat pada PRU-12 yang lalu turut menyampaikan ceramahnya mengenai kebajikan yang dilaksanakan semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak selama 11 bulan dulu.

Sejak 30 tahun lalu Kg Pengkalan Gate Tambahan ini memohon lampu jalan daripada kerajaan BN, namun permohonan mereka itu tiada dibalas. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, Kg Pengkalan gate Tambahan telah menikmati bukan sahaja lampu jalan, malah jalan masuk ke kampung tersebut daripada jalan besar telah diturap dan dibesarkan untuk kemudahan penduduk tempatan.

Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng daripada PKR memberikan penerangan mengenai sesi perbahasan di Parlimen yang baru dihadirinya sebelum tiba ke madrasah kampung ini.

Selesai ceramah, berkunjung ke tapak medan selera yang didirikan bersebelahan dengan madrasah, terdapat ramai 'penceramah' disini sedang meluahkan pandangan dan cetusan rasa sambil menghirup bihun sup gear-box.

Penduduk Pengkalan Gate Tambahan hanya menikmati lampu jalan selepas PR memerintah

Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Pengkalan Gate– Penduduk Kampung Pengkalan Gate Tambahan kini menikmati lampu jalan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Menurut penduduk tempatan yang telah membina penempatan di situ sejak 30 tahun yang lalu, walaupun Kerajaan barisan Nasional telah berkuasa lebih 50 tahun negeri Perak ini, mereka gagal memasang sejumlah besar lampu jalan untuk kegunaan pengguna jalan berkenaan bermula dari jalan besar sehingga ke surau kampung berkenaan.

Sebaliknya walaupun kerajaan Pakatan Rakyat hanya mampu berkuasa selama 11 bulan berjaya menyediakan infrastruktur penting yang diperlukan oleh rakyat.

Malang bagi rakyat seperti penduduk Kampung Pengkalan Gate Tambahan apabila kerajaan yang cuba berkhidmatan kepada mereka secara telus ini telah digulingkan secara biadab.

Menurut temuramah yang dijalan oleh oleh Redaksi Warta Sungai Rapat terhadap beberapa penduduk kampung berkenaan, kawasan jalan raya yang menghubungkan jalan besar ke dalam kampung merupakan jalan yang cukup berbahaya terutama di waktu malam.

“ Kami penduduk Pengkalan Gate ini mengucapkan syukur kepada Allah kerana kerajaan Pakatan Rakyat peka dengan keperluan kami. Jika dahulu banyak kemalangan kenderaan berlaku di selekoh jalan masuk berkenaan kerana terlalu gelab. Kawasan gelab juga mengundang pelbagai jenayah seperti ragut dan kegiatan curi motosikal serta telah menyediakan tempat ‘selesa’ untuk belia dan remaja melakukan kegiatan yang tidak bermoral”. Saya mewakili penduduk kampung kesal kerana telah banyak kali menghubungi pihak kerajaan semasa BN memerintah, tetapi telah 30 tahun, lampu belum juga kami terima”. Kata En Ahmad Sarji kepada Warta Sungai Rapat.

Kerajaan Pakatan Rakyat mampu berkhidmat dengan cemerlang kerana bebas dari rasuah dan kronisma. Hal ini terbukti apabila Perak berjaya mendapat kutipan cukai sebanyak RM 636 juta dalam masa 11 bulan berbanding BN hanya RM 538 juta walaupun telah 51 tahun memerintah. Perlaburan asing juga meningkat sebanyak 53.4% selepas Pakatan rakyat memerintah. Ini menunjukkan PR mampu memerintah negeri Perak secara berkesan dan saksama demi kesejahteraan rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama.

Redaksi Warta Sungai Rapat

http://wartasgrapat.blogspot.com/

Saturday, October 24, 2009

Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak

Saya selaku Pengarah Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak menjemput seluruh rakyat Perak tanpa mengira fahaman ideologi, politik, bangsa dan agama hadir beramai-ramai ke majlis tersebut pada 25hb. Oktober 2009. Majlis bermula jam 8.00 malam di Medan Istana, Bandar Ipohraya.

Majlis tersebut diadakan untuk menghimpunkan seramai mungkin rakyat Perak dari seluruh lapisan masyarakat untuk bertemu mesra dengan pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Semuga majlis ini akan menjalin satu ikatan mesra ke arah penyatuan bersama di bawah lembayung keadilan.

DATANG JANGAN TAK DATANG. YANG MEMBACA BLOG INI, MOHON HEBAHKAN JEMPUTAN INI KEPADA JIRAN TETANGGA, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI ATAU SESIAPA SAHAJA YANG DITEMUI.

MISBAH
Pengarah
Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak

Wednesday, October 21, 2009

SOLAT HAJAT 'SELAMATKAN PERAK'

JUMAAT 23/10/2009
9.00 MALAM
DATARAN SURAU AL-FALAH, TAMAN SONG CHOON, IPOH

PENCERAMAH :
YB ZAINUDDIN MOHD YUSUF ( ADUN LUBOK MERBAU )
YB NGA KOR MING ( ADUN PANTAI REMIS )
YB KESAVAN ( ADUN HUTAN MELINTANG )
UST. RADZI ZAINON ( PENGERUSI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SG. RAPAT)

SELURUH RAKYAT DIJEMPUT HADIR

Saturday, October 10, 2009

Sekat arak di majoriti orang melayu DUN Sg. Rapat

Masyarakat Malaysia baru tersentak dengan kontroversi isu arak di Selangor walaupun permasalahan arak adalah permasalahan paling kuno masyarakat dunia sejak manusia tahu bagaimana cara untuk menghasilkan alcohol daripada makanan berkarbohidrat. Isu arak dan permasalahan arak di Selangor bukan dimulakan oleh PAS, DAP mahupun PKR, sebaliknya kilang-kilang arak mega di sepanjang Lebuhraya Shah Alam telah ‘diberkati’ dan direstui oleh kerajaan Barisan Nasional sejak zaman berzaman.

Rentetan serangan UMNO terhadap isu arak di Selangor, Anak sulung Dr Mahathir pula didedahkan baru dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (bukan pengurus bawahan) San Miguel Corp yang merupakan pemegang syarikat San Miguel Brewery Inc yang mengeluarkan arak. Syarikat ini juga adalah pengeluar terbesar seluruh Filipina dan penyertaan Mirzan Mahathir ke dalam syarikat itu bakal ‘memajukan’ lagi serta menyemarakkan lagi pengedaran arak secaraa terancang dan meluas, sekaligus UMNO yang merupakan ‘parti Islam’ baru menyumbang idea dan tenaga ke arah dosa menjual arak.

Ahli PAS di Perak tidak hairan dengan tindakan ahli UMNO yang terlibat dalam demo kepala lembu yang menjerit-jerit ‘take beer’ untuk menghina laungan ‘takbir’ (Allah Maha Besar) yang selalu dilaungkan oleh PAS sejak awal penubuhannya lagi. Allah Maha Besar amat bercanggah dengan istilah ‘Ambil Arak’ yang UMNO ajar kepada rakyat. Dengan terserlah berita penyertaan Mirzan ini semakin yakin rakyat bahawa UMNO adalah Parti penyebar arak yang cukup hebat.

Bagi negeri Perak terutama di Parlimen Gopeng DUN Sg Rapat, pemuda PAS Gopeng turut cakna dalam isu arak ini serta telah lama memerhatikan pengedaran arak di kawasan DUN Sg Rapat terutamanya. DUN ini diselia oleh Ustaaz radzi yang merupakan bekas calon PAS yang kini masih kental komitmennya di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di Medan Gopeng.

Arak kelihatannya dijual bebas di Seven-Eleven Medan Gopeng dan kelihatannya dijual juga oleh pekerja melayu.

Seperti hadits yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah : "Rasullah SAW melaknat sepuluh golongan orang yang terlibat dalam arak:Orang yang memerasnya (arak), Orang yang meminta diperaskan, Orang yang meminumnya, Orang yang membawanya, Orang yang minta dihantarkannya, Orang yang menuangkannya, Orang yang menjualnya, Orang yang membelinya, Orang yang makan harganya, Orang yang minta dibelikannya."

Kawasan Medan Gopeng juga merupakan kawasan yang hampir dengan kediaman Mufti Perak dan semestinya pihak Mufti peka dan bertindak terhadap pengurusan Seven Eleven tersebut kerana kawasan itu majoritinya Melayu Islam.

Pengguna kawasan Medan Gopeng majoritinya datang dari kawasan majoriti melayu iaitu dari Sungai Rapat (90% melayu), Rapat Jaya ( 81% melayu) dan Sungai Rokam (86% melayu). Nyata kawasan ini adalah kawasan tumpuan melayu dan jualan arak daripada pekerja melayu kepada pelanggan melayu mudah terjadi.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom ( Dipetik dari makalah oleh Ustaz zaharuddin Abd Rahman), Alcohol-related crime adalah seperti berikut :- Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak). Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali. 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak) Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak.

Hebahan isu ini bertujuan menggerak rakyat Perak pula menolak UMNO-BN yang juga menjadi punca penyebaran dan perluasan arak di kawasan majoriti melayu tanpa sekatan. Pihak mufti dan pihak Majlis Agama digesa memperhebah dan menguatkuasakan enakmen syariaha Perak yang berkaitan dengan arak sebelum ia menjadi barah dalam negeri bertuah ini.

landskapsiasah.blogspot.com

Saturday, August 29, 2009

Mohon sumbangan bantu warga emas, ibu tunggal,anak yatim dan fakir miskin

Sempena ketibaan bulan Ramadhan 1430/2009 ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DEWAN

MUSLIMAT PAS (LKKP) GOPENG akan menganjurkan program Menyampaikan Bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya sempena Bulan Ramadhan dan kedatangan Idul Fitri.


Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi penghayatan roh bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang melakukan pelbagai ibadah seperti kebajikan di bulan ramadhan, di samping menunaikan kewajiban melakukan amalan puasa wajib.


Kutipan ini bagi mengisi Tabung Kebajikan DPMG yang bertujuan untuk :

1) Memberi sumbangan kepda anak-anak yatim dan fakir miskin untuk menyambut hari raya

2) Memberi sumbangan kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat setempat yang ditimpa musibah

3) Menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan oleh Lajnaj Kebajikan DMPG


Hubungi Puan Maznah Ismail (0194269001) @

Puan Izzah (0135020528)

Gambar sekadar hiasan

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan - Surah Al-Baqarah (ayat 245)


Kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.


MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT

Menjiwai Aqidah Perjuangan

Monday, July 20, 2009

HIMPUNAN MESRA ZON BANDARAYA

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="56" id="TextSpace">






LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday, June 25, 2009

Program disekitar anda....


CERAMAH ROAD SHOW
BUBAR DUN PERAK

Anjuran
Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng

Penceramah :

  • YB DR. LEE BOON CHYE (Ahli Parlimen Gopeng)
  • UST. ABU BAKAR HUSSEIN ( P'jaya PAS Perak)
  • YB NGA KOR MING ( ADUN Pantai Remis)
  • YB CHAN MING KAI ( ADUN Simpang Pulai)
  • YB SIVAKUMAR ( Speaker DUN Perak)
  • Ir. Radhi Zainon ( TYDP PAS Gopeng)

TARIKH :
28 Jun 2009 (ahad)

MASA :
9.00 malam

TEMPAT :
Dewan Dato' Ahmad Said
Kg Sungai Rokam
31350 IPOH


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, June 23, 2009

ALHAMDULILLAH...TERLERAI SUDAH SUATU KEKELIRUAN

video

Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat


: SIDANG Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia telah bersidang dan mengambil pendirian mengenai Kerajaan Perpaduan seperti berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.

KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ


"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair. "Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan. "Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Monday, June 15, 2009

Program disekitar anda....

Salam.

1) Program Qiamullail Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng

Tarikh : 20/6/09 (6.00 ptg) - 21/6/09 (7.30 pagi)
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Gopeng,Rapat Setia
Pendaftaran : RM 5.00 seorang

Semua muslimat PAS Kawasan Gopeng dijemput hadir.Sila bawa Al Quran & Mathurat.Makan malam tidak disediakan.Sebarang kemusykilan sila hubungi Puan Laili (013 5247682) atau Puan Niza (013 4395643)


2) Jamuan Makan Malam Anjuran PAS Cawangan Cangkat Larang

Tarikh : 27/6/09 (Sabtu)
Masa :8.00 malam
Tempat :Markaz Cangkat Larang (Pusat Perubatan Islam Darul Syifa')
Harga Kupon : RM 10.00 seorang (pembelian 2 kupon bagi suami isteri,jamuan percuma untuk
semua anak dibawah 15 tahun)

Antara tetamu jemputan DS Mohd. Nizar, YB Lee Boon Chye dan Ir. Radhi Zainon .Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Parvis Esa (017 5946447).

Sekian.Wassalam.

TAHNIAH !!!

ASSALAMUALAIKUM

Warta Sungai Rapat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussin (mantan YDP PAS Kawasan Gopeng) yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Perak bagi sessi 2009/2011....

Warta Sungai Rapat mendoakan agar Al Fadhil Ustaz diberi kekuatan oleh Allah untuk memimpin PAS Perak dengan sokongan dan dokongan padu dari seluruh ahli PAS Perak.Insya Allah.

Allahu Akbar...

Wassalam

DS Nizar dan AP PR dihalau keluar dewan


Dato'Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan beberapa orang AP.
Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.